Pandangan Islam Terhadap Tradisi Dan Kemodenan (Islamic View Of Heritage And Modernity) Oleh Khalif Muammar A. Haris
Entri ini memfokuskan kepada perbincangan berkaitan tradisi dan kemodenan daripada dua pandangan yang berbeza iaitu menurut perspektif Islam dan Barat. Berlaku polemik hebat antara golongan modenis dan tradisionalis berkaitan tradisi dan komedanan sehingga muncul pula golongan yang menolak kedua-dua pendapat modernis dan tradisionalis.
Menurut golongan modenis, dalam mencapai sesebuah tamadun yang maju, tradisi lama haruslah diketepikan kerana ia bagaikan batu penghalang untuk sesebuah kemajuan. Berbeza pula dengan pendapat yang dipegang habis-habisan oleh golongan tradisionalis yang percaya bahawa tradisi harus dijaga dan dikekalkan serta tidak boleh diubah-ubah.
Menurut pandangan Barat, ‘tradisi’ merupakan sesuatu yang negatif dan Bloom (1987) turut berpendapat bahawa tradisi ialah dapat dikaitkan dengan sesuatu yang tidak hidup dan kaku. Perkataan tradisi (tradition) berasal dari perkataan Latin, traditio yang bermaksud menyerahkan (surrender, delivery) perkataan ini memberi makna segala pandangan, doktrin, amalan, peribadatan, adat kebiasaan, yang diwariskan dari satu generasi ke generasi lain ( Khalif Muammar A.Haris, 2012). Justeru, menurut Barat sudah tentulah sesuatu yang mati tidak akan dapat memberi apa-apa manfaat dan tidak lagi relevan untuk kemajuan bahkan pemodenan.
Namun menurut pandangan saya, sesungguhnya pemikir Barat seperti Bloom sudah melakukan kesilapan besar yakni apabila mengatakan sesuatu yang dikatakan mati misalnya seperti tradisi tidak membawa apa-apa manfaat. Barangkali mereka terlalu ingin menjatuhkan pegangan Islam sehingga tidak mahu melihat dari segi kebaikan tetapi mereka hanya fokus kepada sesuatu yang negatif sahaja.
Secara analoginya, sebagaimana bangkai binatang yang sudah mati dan tidak bernyawa lagi bukanlah tidak membawa apa-apa kebaikan langsung, malah ada kebaikannya yang tersendiri. Sebagai contoh ialah bangkai katak laut atau nama secara saintifik ialah Giant Neotropical Toad sangat bermanfaat dijadikan sebagai baja untuk pelbagai tanaman seperti tanaman tebu. Pembajaan ini juga amat popular di Australia. Maka, jika bangkai pun ada nilai dan manfaatnya, apatah lagi tradisi?
Justeru, di sinilah Islam berperanan dalam melihat tradisi sebagai sesuatu yang membawa kebaikan dan juga menghormati nilai tradisi yang amat tinggi. Islam mengaitkan tradisi dengan Turath iaitu rakaman berkenaan bagaimana Islam difahami dan diaplikasikan sejak zaman awal Islam dan ia juga merekodkan ilmu para ulama sejak 1400 tahun dahulu. Justeru, warisan ini amat penting sebagai rujukan dalam membentuk sesebuah pembangunan dan komedanan.
Bahkan menurut pandangan saya, dapat dilihat dan terbukti bahawa ahli falsafah moden Barat sendiri sebenarnya tanpa disedari mengakui kehebatan kitab-kitab klasik Islam yang berkaitan sains, teknologi, perubatan dan sebagainya kerana mereka juga merujuk kepada kitab-kitab lama tersebut. Misalnya, idea penciptaan kapal terbang bukanlah berasala daripada Leonardo Da Vinci, tetapi beliau merujuk kepada kitab oleh Ibnu Firnas yang asalnya mencipta sut terbang pada 900 tahun yang lalu.
Sebagai contoh lain ialah dari segi sains dan peubatan, kitab Ibnu Sina dirujuk, dari segi alat penggunaan harian seperti syampu, ubat gigi, rekaan baju dan sebagainya pula Al-Ziryab telah juga dirujuk, Al-Battani atau digelar al-Batagenius oleh Barat turut dirujuk dari segi astronomi, Al- Khawarizmi juga dirujuk sebagai bapa matematik dan sebagainya. Segala ilmu ini merupakan daripada kajian para ulama dan ilmuan zaman klasik namun amat bermakna hingga membawa dan menyumbang kepada kehidupan pemodenan kini.
Maka, menurut saya, kemodenan tidaklah harus terikat kepada pendapat barat sahaja yang dikatakan sebagai zaman industrialisma, kapitalisma, sekularisma dan zaman yang terhad kepada kebergantungan terhadap kuasa akal. Malah, komedan yang menurut Islam ialah jauh luar biasa dari lingkungan itu serta membawa manfaat kepada manusia sejagat. Malah, kemodenan ialah bukan sesuatu yang salah dan tradisi juga bukanlah sesuatu yang haruslah ditinggalkan. Kedua-duanya amat membawa manfaat kepada pembangunan masyarakat, dan tamadun asalkan pelaksanaannya tidak bercanggah dengan prinsip Islam dan rukun-rukunnya.
Rujukan :
Pandangan Islam Terhadap Tradisi Dan Kemodenan (Islamic View Of Heritage And Modernity) Oleh Khalif Muammar A. Haris
Utusan Malaysia. 2010.
Comments
Post a Comment