PANDANGAN HIDUP(ALAM) ISLAM 'The Worldview of Islam' SEBAGAI 'FRAMEWORK STUDY ISLAM’ oleh Hamid Fahmy Zarkasyi.
Daripada Nabi Muhammad saw, maka tersebarlah agama Islam sehingga menjadi sebuah peradaban yang menyeluruh sesuai dengan setiap zaman dan tempat. Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi “pandangan hidup (Worldview) memiliki peran sebagai cara pandang terhadap segala sesuatu dan secara epistemologis dapat berfungsi sebagai framework dalam mengkaji segala sesuatu.”
Dalam memahami sesuatu konsep dan ideologi, kita tidak harus hanya melihat kepada konsep umum Worldview Barat yang sudah terang lagi bersuluh sering terdapat dan terikat dengan ideologi sekularisma. Jika melihat konsep Worldview melalui konteks agama dan peradaban, maka maksudnya akan lebih tepat dalam merentas banyak perkara yang berkaitan dengannya.
Secara umumnya, Worldview atau pandangan hidup ialah satu konsep yang diberi untuk menggambarkan cara pandang manusia tanpa spesifikkan terhadap bangsa ata agama dan ia bergantung kepada pandangan tersebut untuk melihat sesuatu itu secara sempit atau luas. Menurut Ninian Smart, Worldview adalah kepercayaan, perasaan dan apa-apa yang terdapat dalam pikiran orang yang befungsi sebagai motor bagi keberlangsungan dan perubahan sosial dan moral.” Thomas F Wall (2001) pula memberi pendapat yang lebih kurang sama dengan Smart iaitu Worldview adalah sistem kepercayaan asas yang berkait tentang hakikat diri, realiti, dan tentang makna kewujudan.
Definisi tersebut ialah diterangkan secara umum dan berbeza pula dengan definisi Worldview untuk Islam yang dapat dilihat mempunyai nilai kerana sumbernya dan spektrumnya yang menyeluruh. Antara definisi Worldview oleh beberapa tokoh ahli pemikir Islam ialah seperti Maulana al-Mawdudi mengistilahkannya dengan Islami nazariat (Islamic Vision), Sayyid Qutb menggunakan istilah al-Talawwur al-Islami (Islamic Vision), Mohammad Alif al-Zayn menyebutnya al-Mabda’ al-Islami(Islamic Principle) dan Prof. Syed Naquib al-Attas yang menamakannya sebagai Ru’yatul Islam lil wujud (Islamic Worldview).

Al-Mauwdudi menekankan konsep keesaan Tuhan iaitu shahadah kerana baginya, melalui shahadah inilah yang memandu segala tindakan manusia dalam kehidupan mereka agar sentiasa berusaha melakukan kebaikan. Hal ini bermakna, keimanan yang terdapat dalam diri manusia juga turut mempengaruhi worldview mereka. Sebagai contoh ialah dapat dilihat melalui worldview al-Attas yang tidak dapat dipisahkan dengan worldview beliau secara metafizik dan akhirnya menjadi framework dalam setiap kajian beliau.
Justeru, Worldview setiap insan adalah bergantung kepada pegangan prinsip kehidupan, keimanan dan persekitaran sekelilingnya. Apabila seseorang telah mencipta satu konsep worldview menurut pendapatnya tersendiri, hal itu juga akan mempengaruhi corak kehidupannya di dunia. Maka, kerana itulah amat penting kepercayaan terhadap keesaan Tuhan dan keimanan terhadap-Nya demi membentuk Worldview yang lebih luas, tidak jumud dan berada di landasan framework yang jitu ke arah kebenaran pula.
Rujukan:
Hamid Fahmy Zarkasyi. 2012. PANDANGAN HIDUP(ALAM) ISLAM 'The Worldview of Islam' SEBAGAI 'FRAMEWORK STUDY ISLAM’.
Thomas F Wall. 2001. Thinking Critically About Philosophical Problem, A Modern Introduction. Australia : Thomson Learning.
Comments
Post a Comment