PANDANGAN METAFIZIKA TENTANG WUJUD DAN KEWUJUDAN : Kebebasan dan Nasib Manusia


Al-Attas menjelaskan soal kebebasan manusia, kebaikan dan kejahatan dengan berlandaskan metafizika Wahdatul Wujud. Permasalahan Qada’ dan Qadar juga dijelaskan dengan terperinci menggunakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Manusia sememangnya mempunyai pilihan dalam membuat atau bertindak dalam melakukan kebaikan atau kejahatan.

Namun, manusia jugalah yang bertanggungjawab atas pilhan yang dibuka. Justeru, wujud syurga dan neraka juga sebagai lambang kebebesan manusia ialah terhad. Jika benar manusia bebas secara menyeluruh dalam bertindak seperti membunuh golongan yang tidak berdosa, maka sudah tentu mereka tidak akan masuk dalam neraka.

Analogi mudah ialah seorang lelaki bebas memilih untuk memecahkan pinggan dalam sebuah restoran, namun dia akan terima impaknya iaitu harus membayar ganti rugi atau diheret ke penjara.
 Al-Attas berpendepaT seiring dengan Hamzah Fansuri serta Ibnu Arabi yang mengatakan soal sifat Jalal dan Jamal Allah. 

Sifat jamal ialah sifat baik yang ada pada Allah dan sifat jalal ialah kejahatan bagi Allah. Harus difahami juga apabila Al-Attas sersependapat dengan Ibn Arabi, maka harus dilihat pendirian besar Ibnu Arabi iaitu “human is the image of God.” Maksud yang ingin disampaikan disini ialah bukanlah manusia itu berkuasa seperti Tuhan. Namun, Tuhan memberikan sifat indahnya kepada manusia seperti sifat penyayang.

Namun, “God is not the image of human” bermaksud Allah tidak terikat dengan sifat manusia seperti akan lapar apabila tidak makan. Ramai yanh keliaru akan hal prinsip tersebut. Kerana itulah harus dilihat juga pendapat oleh Said Badiuzzaman An-Nursi yang mengatakan “manusia ialah cerminan Tuhan.” Malah, manusialah yang harus berikhtiar untuk mengubah nasibnya sendiri kerana kebebasan yang diberikan oleh Allah dalam menerima sesuatu impak dari pilihan nasib kehidupan sama ada akhirnya menerima syurga atau neraka. 

ULASAN DARIPADA MAKALAH : Wan Mohd. Noor Wan Daud.2005. Falsafah dan amalan Pendidikan Islam Syed Naquib al- Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi.

Comments