ILMU DAN CARA-CARA MENCAPAINYA


Syed Muhammad Naquib Al-Attas mengajak manusia untuk reflek semula kepada sejarah bahawa kejatuhan Dinasti Uthmaniyyah pada 1683 dan keruntuhan Empayar Moghul, India serta Mesir bukan sahaja menandakan keruntuhan tentera Islam tetapi juga turut membawa kepada kegoyahan rasa bangga terhadap keagungan peradaban umat Islam.

Apatah lagi kekuatan tentera musuh Islam seperti Napoleon pada 1789 telah menunjukkan kelemahan tentera Islam ketika itu. Justeru, muncul beberapa idea dan alternatif daripada pemimpin politik besar seperti Sultan Selim III (1789-1807M), Sultan Mahmud II (1807-1839M) dan Pasya Muhamad Ali di Mesir (1803-1849M) bahawa demi membaikpulih semula kerajaan Islam, penekanan terhadap pendidikan haruslah dititikberatkan.

Seterusnya wujud pula tokoh-tokoh reformasi Muslim seperti Muhammad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan yang sudah salah ertikan kepentingan ilmu dalam meningkatkan kekuatan Muslim. Hal ini kerana apa yang lebih diutamakan ialah ilmu dalam bidang sains dan teknologi serta sudah terpengaruh dengan konsep pemikiran barat.

Istilah “Modenisasi” dan ideologinya disebar serta diagung-agungkan disamping semangat nasionalisme yang begitu bercelaru sehingga memisahkan maksud sebenenar ilmu menurut Islam. Keadaan yang terpengaruh dengan pemikiran barat ini telah membuat satu revolusi pemisahan pendidikan Islam sama sekali.

Sebagaimana telah ditentang kumpulan lama’ termashur oleh tokoh reformasi seperti di Turki contohnya, Said Badiuzaman An-Nursi telah dipenjara dan ditentang secara zalim oleh Kamal Atarturk di Turki. Kitab Risalah oleh Said Badiuzaman yag menyebarkan ilmu pengetahuan bercirikan Islam juga telah dilarang penyebara kitab tersebut kerana dikhuatiri menjernhkan semula usaha besar tokoh-tokoh reformasi yang berpemikiran barat tersebut.

Menurut Al-Attas, ilmu sosio-ekonomi bukanlah tidak penting langsung, bahkan ia amat diperlukan untuk pembangunan. Namun yang telah mencetuskan permasalahan besar dalam revolusi pendidikan dan cara mencapainya ialah ilmu spiritual telah dicarik-carik sehingga seolah tidak berguna lagi, walhal ilmu itulah yang menuntun , mendidik dan menguatkan jiwa kaum muslimin untuk terus berjuang dan memajukan diri dan kehidupan melepasi musuh Islam.

Cabaran intelektual ialah “cabaran terbesar” bagi Al-Attas. Setiap masyarakat memahami dann menafsir  ilmu pengetahuan secara tidak sama dan terpengaruh juga dengan perbezaan budaya, termasuklah pemahaman ilmu pengetahuan antara Islam dan Barat juga berbeza, dan begitulah sifat ilmu pengetahuan yang tidak neutral.

Cara yang paling berkesan dalam menuntut ilmu ialah dengan memenuhi adab-adab yang diperlukan. Sebagai contoh ialah ada pelajar bersama guru: pelajar harus meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap guru dan ilmu yang bakal disampaikan oleh gurunya. Jika ada perasaan yang menggoyahkan keyakinan terhadap kemampuan guru, haruslah dihapuskan, namun jika timbul persoalan terhadap ilmu yang disampaikan, haruslah dibincang dengan penuh adab. Begitu juga dengan contoh yang mudah ialah muslim harus berwuduk terlebih dahulu sebelum menyentuh al-Quran kerana itulah adabnya dengan ilmu.

Justeru, kita haruslah memahami konsep ilmu terlebih dahulu sebelum memahaminya serta penuh adab dalam mempelajarinya. jika tidak akan berlaku kecelaruan yang besar dalam diri muslim khususnya apatahlagi yang terpisah dengan tauhid dan rohani.

ULASAN DARIPADA MAKALAH : Wan Mohd. Noor Wan Daud.2005. Falsafah dan amalan Pendidikan Islam Syed Naquib al- Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi.

Comments